SELAMAT MENCUBA 😊
Sunday, 28 May 2017
Saturday, 27 May 2017
Ihya' Ramadhan 1438H
Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang Ramadhan . |
Pada 21 Mei 2017, Pelancaran Ihya' Ramadhan diadakan di Dewan Hajjah Halimah . Objektif utama adalah untuk membudayakan penghayatan dalam ibadat berpuasa di bulan Ramadhan dan menyemarakkan rasa cinta dan menjunjung tinggi ajaran Islam yang disarankan oleh Al-Quran.
ANTARA PERTANDINGAN YANG DIJALANKAN :
- Kuiz Al-Quran
- Kuiz Santai
- Teka silangkata Ramadhan
- Pentazkirah Terbaik
- Ucapan Ramadhan di Instagram
- Poster Ramadhan
- Tokoh Ramadhan
Friday, 7 April 2017
Majlis Pelancaran Usrah dan Pencetus Ummah 2017
Majlis Pelancaran Usrah dan Pencetus Ummah 2017
Diadakan di Dewan Hajjah Halimah pada 6 April 2017/1438h
Dirasmikan oleh Tuan Pengetua Cik Madihah bt Mohamad
Tema Usrah pada tahun ini ialah
"USRAH PENJANA ASPIRASI UMMAH"
Objektif Usrah adalah
- Meningkatkan kefahaman anggota-anggota terhadap Islam dan menentukan sikap terhadap satu-satu masalah sebagai umat Islam.
- Menambahkan penghayatan dan menimbulkan perasaan tanggungjawab terhadap ajaran Islam secara peribadi dan jemaah.
- Membina satu generasi Islam yang mengenali Islam sebagai din wa daulah, menghayatinya dalam kehidupan peribadi, menjadikan azam dan cita-cita serta tindakan mendakwahkannya sebagai sistem hidup dalam keluarga, masyarakat dan negara.
- Menyediakan tenaga yang benar-benar berkemampuan berketrampilan untuk bergerak demi kepentingan Islam.
Hassan al-Banna meletakkan dalam sistem Usrah akan melalui 3 rukun.
(1)TA’ARUF
(2)TAFAHUM
(3)TAKAFUL
Taa’ruf :
Saya ada 3 soalan nak tanya pada anda yang membaca(dan yang ada usrah),
1 – Anda tahu tak apa ciri bakal isteri yang kawan seusrah dengan anda mahukan?
2- Anda tahu apa yang kawan seusrah kita lakukan ketika sedang ‘down’ ?
3- Anda tahu tak bagaimana cara nak nasihat kawan seusrah dengan anda ketika dia sedang marah?
Kalau anda semua tak mampu nak jawab soalan-soalan yang saya berikan,anda belum mampu lagi untuk mempraktikalkan rukun yang pertama ini.
Taa’ruf bermakna anda mendalami setiap apa perkara mengenai kawan seusrah dengan anda.Bukan setakat tahu nama,tempat tinggal,malah mengetahui sebesar-besar perkara sehinggalah sekecil-kecil perkara.
Macamna nak jawab soalan-saoalan di atas?
Anda kena saling ‘mua’yashah’ iaitu saling bersama dengan ahli seusrah,makan bersama,borak bersama,kongsi masalah bersama,dan tidur bersama.
Sehinggakan datang satu nilai-nilai ruhi mengenal ahli seusrah tersebut sehingga kita mampu memahami dia tatkala keadaan – keadaan musibah yang melanda diri dia.
Dan merasakan inilah nilai ukhwah yang Allah berikan.
Dan ketika itu,cuba jawab balik soalan-soalan yang saya berikan di atas.
Dan tak perlu tanya sebiji-sebiji soalan yang di berikan,tak perlu tanya bagaimana calon yang dia mahukan,tapi sebaliknya kita menjawab sendiri atas sebab terdapatnya nilai-nilai ukhwah yang tinggi dan taa’ruf yang mendalam.
Tafahum :
Juga ada beberapa soalan.
1 – Bila kali terakhir anda menasihati kawan seusrah anda?
2- Mana lebih susah?Beri nasihat atau mendengar nasihat?
3 – Bayangkan kawan seusrah anda ada di depan mata,berikan satu bentuk nasihat pada dia sekarang !
Inilah konsep tafahum yang di letakkan oleh Hassan al-Banna,iaitu rukun yang kedua yang membawa maksud saling memahamkan antara ahli usrah.
Juga sentiasa menghisab diri bermuhasabah dengan apa yang kita lakukan serta saling nasihat menasihati.
Satu konsep yang mudah,tapi susah nak buat.
Cuba jawab soalan ke 3 di atas?Mudah nak jawab?Susah..
Anda akan cuba meletakkan kawan seusrah itu dalam kepala,dan mula untuk fikir aib2 yang ada pada dirinya,dan mula mengatur ayat,kemudian terus beri nasihat.
Itu konsep nasihat yang salah.
Kita kena fikir keadaan ahli seusrah dengan kita hari-hari.Sehinggakan dia merasakan kita adalah penasihat yang terbaik.Nasihat bukan hanya ketika dia dalam keadan futur,atau sebaliknya,akan tetapi kita kena beri nasihat berhari-hari kepada kawan seusrah supaya meninggalkan benda buruh,dan melakukan perkara baikdan di saat kadang-kadang dia merasakan dia tidak perlukan nasihat.
Jadi itu guna kita faham konsep rukun yang ke dua ini.Tafahum.
Takaful :
Bila sebut sahaja takaful,kita akan ingat Skim Perlindungan Insurans di malaysia.
Jadi boleh juga di gunakan pada konsep ini,iaitu saling bantu membantu dalam meringankan beban ahli seusrah kita sendiri.Malah melaksanakan kebaikan pada kawan seusrah kita adalah lebih dari beri’tikaf di masjid Nabi.Seperti mana hadith Nabi Muhammad saw :
“Seseorang yang pergi dan berjalan untuk menunaikan hajat/keperluan seorang saudaranya adalah lebih baik dari beri’tikaf di masjid aku sebulan”
Jadi konsep ini bertepatan dengan ma’ani ruhi yang mendidik sentiasa menolong kawan seusrah yang lain dan meringakan beban.
Jadi inilah dia ketiga-tiga rukun usrah yang perlu di lakukan bagi mendidik dan mentarbiyah diri seseorang muslim itu dalam sistem usrah.
Kalau kita berlegar-legar kepada 3 rukun ini,saya yakin ia akan membentuk satu sistem usrah yang hebat yang memberi banyak kejayaan pada Jemaah Islam sendiri dan seterusnya memberi kesan kepada pembentukan ustaziatul ‘alam.
Subscribe to:
Posts (Atom)