Pages

BADRI


Badan Dakwah dan Rohani (BADRI) Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA) merupakan badan induk terus dari Pengetua Sekolah. Badan ini dianggotai oleh pelajar Tingkatan 1 sehingga STAM. Badan ini mempunyai 8 biro yang dikenali sebagai lajnah. Lajnah-lajnah ini ialah Lajnah Usrah dan Tarbiah, Lajnah Tamrin, Lajnah Publisiti, Lajnah Kesenian Islam,Lajnah Redaksi,Lajnah Musolla, Lajnah Ceramah dan Lajnah Iktisod.

Lajnah Usrah dan Tarbiah akan menguruskan bahagian usrah di sekolah ini. Usrah akan diadakan setiap hari Khamis bermula 9.45 malam dan habis mengikut kehendak naqibah itu sendiri. Naqibah merupakan pelajar dari tingkatan 4,5 dan STAM. Naqibah dipilih melalui sesi temu ramah bagi memastikan kemampuan pelajar tersebut untuk menguruskan usrah.

Lajnah Tamrin pula menguruskan bahagian aktiviti BADRI. Misalnya, riadah dan rehlah. Alhamdulillah, pada tahun 2015 BADRI telah mengadakan rehlah tarbawi yang pertama kali diadakan di Kelantan.

Lajnah Publisiti akan memperkenalkan BADRI. Ianya lebih kepada urusan berdakwah. Lajnah Publisiti akan mengedarkan Risalah Jumaat setiap hari Jumaat di setiap kelas. Hal ini demikian kerana bagi memastikan para pelajar SERATA mendapat input setiap minggu. Selain itu, Lajnah Publisiti juga menguruskan page BADRI di laman sosial Facebook dan Blogger.

Lajnah kesenian Islam akan sentiasa memperbaharui kata-kata di papan BADRI setiap minggu. Lajnah ini juga akan memberikan kad ucapan Hari Lahir para pelajar sekolah ini. Hal ini demikian bagi memastikan mereka berasa berharga dan sentiasa bersyukur masih hidup di dunia Allah yang fana ini.

Lajnah Redaksi pula akan membuat majalah Nidaul Zikri setiap tahun. Kandungan majalah itu lebih kepada berdakwah dalam bentuk komik dan cerpen. Majalah ini juga akan dijual di sekolah lain suapaya sama-sama mendapat perkongsian rohani. Lajnah ini juga akan membuat video sekiranya ada program BADRI.

Lajnah Musolla pula akan memastikan Musolla sekolah ini iaitu Musolla Al-Qanitat dalam keadaan bersih dan nyaman agar para pelajar berasa selesa untuk solat berjemaah di musolla ini. Selain itu, lajnah ini juga akan memperbaharui papan tazkirah surau di bahagian belakang.

Lajnah Ceramah merupakan lajnah yang menguruskan apa sahaja ceramah pada waktu Dhuha yang lebih dikenali sebagai Kuliah Dhuha. Kuliah Dhuha akan diadakan setiap hari Ahad sama ada di musolla mahupun di dewan. Para penceramah pula terdiri daripada penceramah luar, guru sekolah mahupun pelajar itu sendiri. Kadang-kadang akan diadakan tayangan sewaktu kuliah Dhuha.

Lajnah Iktisod pula menguruskan ekonomi BADRI. Lajnah ini akan menjual majalah-majalah islamik berunsurkan tazkirah seperti Muslim Teens dan Gen Q. Hal ini bagi memastikan para pelajar sekolah ini juga dapat mengetahui keaadan ummah dan hukum hakam lain. Lajnah ini juga menguruskan modal,untung dan rugi ketika Hari Kantin. Sekiranya mendapat banyak untung, Exco BADRI akan mengadakan jamuan kecil kecilan bagi merapatkan ukhuwah.


No comments:

Post a Comment