"Cepatnya masa berlalu,"
"Lajunya masa sekarang. Tak sempat nak siap homework!"
"Lambatnya masa! Bilalah nak cuti ni?"
Macam-macam kita cakap tentang masa. Cepatlah, lambatlah. Kalau cepat, merungut. Begitu juga dengan lambat. Kalau diikutkan, kita hidup 24/7, kan? Sama sahaja dengan zaman Ulama' terdahulu, tak de la pula mereka dahulu 25/7 atau 30/7. Tapi, bagaimana mereka dapat menghasilkan pelbagai jenis buku? Misalnya, Imam Syafie'i. Beliau telah menghasilkan banyak kitab !
Kata Ahmad Muhammad Shakir : “Al-Shafi’I telah mengarang beberapa buah kitab yang jumlahnya agak besar, sebahagiannya beliau sendiri yang menulisnya, lalu dibacakannya kepada orang ramai. Sebahagiannya pula beliau merencanakannya sahaja kepada para sahabatnya. Untuk mengira bilangan kitab-kitabnya itu memanglah sukar kerana sebahagian besarnya telahpun hilang. Kitab-kitab itu telah dihasilkan penulisannya ketika beliau berada di Makkah, di Baghdad dan di Mesir”.
Jadi, sebenarnya sama sahaja masa kita dengan masa mereka. Tetapi, ulama' - ulama' terdahulu mana ada mengecam masa. Mungkin disebabkan itu, mereka boleh menghasilkan banyak kitab dan masih digunakan sehingga kini.
Kesimpulannya, janganlah kita mengecam masa. Allah tak suka ! Lagi kita kecam, lagi masa tak cukup untuk kita. Wallahu'alam :)
~Renungan Bersama~