Sedarkah kita bahawasanya apabila kita hadir di dunia ini, perkataan pertama yang kita dengar ialah 'Allah'. Bahasa pertama yang kita dengar ialah Bahasa Arab.
Ini bermakna kita adalah beragama Islam. Sejak lahir kita diberikan didikan agama Islam oleh ibu bapa kita. Sedarkah kita bahawasanya itulah yang nikmat terbesar!! Tak ramai yang mendapat nikmat sebesar ini, Nikmat Islam. Dari lahir, kita sudah kenal Islam. Dari kecil lagi ibu bapa kita sudah mengajarkan kepada kita tentang Islam.Sungguh ini satu nikmat yang besar!
Andai kata jika kita lahir di dunia ini bukan dengan agama Islam... Pastinya kini kita sedang mencari-cari Tuhan Yang Esa. Pasti sekarang kita dalam kesesatan yang nyata, Na'uzubillahiminzalik.
Justeru, dengan nikmat Islam yang diberikan oleh Allah ini, kenapa masih tidak bersyukur? Kenapa masih malas menunaikan solat? Kenapa masih lewat menunaikan solat? Kenapa lebih rajin bermain gadjet berbanding membaca Al-Quran?
~~Untuk renungan kita bersama :) ~~
No comments:
Post a Comment