Pages

Thursday, 9 June 2016

Marhaban Ya Ramadhan!


Alhamdulillah. Terima kasih kepada Allah kerana memberikan peluang kepada kita untuk masih merasai bulan yang mulia ini. Jadi, untuk menjadi hamba-Nya yang bersyukur, marilah kita bersama-sama melakukan pelbagai ibadah. Misalnya, bersedekah, basahkan lidah dengan zikir kepada Allah, tadarus dan tadabbur Al-Quran, perbanyakkan solat sunat dan ibadah-ibadah yang lain. Yang menarik dan istimewanya bulan Ramadhan ini, pintu syurga dibuka  dan semua pintu neraka ditutup! Semua syaitan juga diikat! 

'Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan di tutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan' -Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Oleh itu, kita tidak ada alasan untuk tidak beribadah. Inilah peluang untuk kita berubah! Apabila kita telah terbiasa dengan perkara baik, maka tidak hairanlah kita juga boleh menjadi baik! 

Sedarkah anda bahawa ada satu solat sunat ini hanya dilakukan pada bulan Ramadhan SAHAJA? 
Solat Tarawikh. Solat ini dilakukan selepas solat fardhu Isyak sehingga akhir malam. Tidakkah kalian berasa rugi sekiranya tertinggal solat sunat tarawikh walaupun sekali? Jadi, marilah kita bersama-sama mengutip pahala di bulan Ramadhan ini.

Selain solat sunat tarawikh, terdapat satu malam yang hanya ada pada bulan Ramadhan. Iaitu Lailatul-Qadar..

Firman Allah S.W.T:
'Sesungguhnya telah kami turunkan Al-Quran pada Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan.'
(Al-Qadr; ayat 1-3)

Kejarlah Lailatul-Qadar ini sementara Allah masih memberikan peluang kepada kita.
Wallahua'lam. :) 




No comments:

Post a Comment