Apabila kita berbicara tentang Nabi Muhammad S.A.W, semua orang pasti akan menunjukkan rasa sayangnya terhadap Nabi tika itu. Tetapi, adakah kita memang benar-benar menyayangi Nabi kita? Tahukah kita nama isteri-isteri Nabi Muhammad S.A.W? Ramai umat Islam memandang enteng terhadap perkara ini. Dengan ucapan 'SAYANG' tidak semestinya lahir dari hati. Jadi, di sini, kami (BADRI) ingin memberikan pencerahan kepada kalian tentang nama isteri-isteri Nabi Muhammad S.A.W.
1) Khadijah Bt. Khuwailid R.A.
2) Saudah Bt. Zam'a R.A.
3) Aisyah Bt. Abu Bakar R.A.
4) Hafsah Bt. Umar B. Khattab R.A.
5) Zainab Bt. Khuzaimah
6) Ummu Salamah, Hindun Bt. Abi Umayyah R.A.
7) Zainab Bt. Jahsy B. Rabab R.A.
8) Juwairah Bt. Al-Harits R.A.
9) Ummu Habibah Bt. Abi Sufyan R.A.
10) Syafiah Bt. Huyai B. Akhtab
11) Maimunah Bt. Al-Harits R.A.
12) Mariah Al-Qibthiyah R.A.
(Sumber: http://www.masuk-islam.com/inilah-12-nama-nama-istri-nabi-muhammad-lengkap.html)
Saturday, 10 September 2016
Thursday, 9 June 2016
Allah is near
Don't you realize that actually our Mighty God, Allah is near to us?
You don't believe me? Let's see:
You don't believe me? Let's see:
This is the proof to prove you that what I am talking about is true!
So, don't afraid of anything. I mean it! If you feel terrified, think of Allah. He is near to us! Believe in Allah! Just like what it stated on the photo above. :)
Marhaban Ya Ramadhan!
Alhamdulillah. Terima kasih kepada Allah kerana memberikan peluang kepada kita untuk masih merasai bulan yang mulia ini. Jadi, untuk menjadi hamba-Nya yang bersyukur, marilah kita bersama-sama melakukan pelbagai ibadah. Misalnya, bersedekah, basahkan lidah dengan zikir kepada Allah, tadarus dan tadabbur Al-Quran, perbanyakkan solat sunat dan ibadah-ibadah yang lain. Yang menarik dan istimewanya bulan Ramadhan ini, pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup! Semua syaitan juga diikat!
'Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan di tutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan' -Riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Oleh itu, kita tidak ada alasan untuk tidak beribadah. Inilah peluang untuk kita berubah! Apabila kita telah terbiasa dengan perkara baik, maka tidak hairanlah kita juga boleh menjadi baik!
Sedarkah anda bahawa ada satu solat sunat ini hanya dilakukan pada bulan Ramadhan SAHAJA?
Solat Tarawikh. Solat ini dilakukan selepas solat fardhu Isyak sehingga akhir malam. Tidakkah kalian berasa rugi sekiranya tertinggal solat sunat tarawikh walaupun sekali? Jadi, marilah kita bersama-sama mengutip pahala di bulan Ramadhan ini.
Selain solat sunat tarawikh, terdapat satu malam yang hanya ada pada bulan Ramadhan. Iaitu Lailatul-Qadar..
Firman Allah S.W.T:
'Sesungguhnya telah kami turunkan Al-Quran pada Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan.'
(Al-Qadr; ayat 1-3)
Kejarlah Lailatul-Qadar ini sementara Allah masih memberikan peluang kepada kita.
Wallahua'lam. :)
Tuesday, 15 March 2016
Solat Sunat Gerhana
Alhamdulillah. Pada tanggal 9 Mac 2016, guru-guru dan para pelajar berjaya melaksanakan solat sunat gerhana secara berjemaah di Musolla Al Qanitat diimamkan oleh Ustaz Karim. Usai solat 2 rakaat, Ustaz Karim menyampaikan khutbahnya tentang gerhana. Antara isi kandungannya adalah untuk menunjukkan kekuasaan Allah menjadikan gerhana matahari ini. Selain itu, mengingatkan manusia akan kedatangannya hari kiamat.
Selain itu, para pelajar yang tidak dapat menunaikan solat sunat akan berada di Dewan Fatimah bagi menghadiri program Azharul Jannah.Hal ini bagi memastikan masa mereka diluangkan dengan perkara yang bermanfaat. Azharul Jannah ini diuruskan oleh ahli BADRI Sekolah Raja Perempuan Taayah. Selepas selesai solat sunat gerhana, mereka akan terus ke musolla bagi menghadiri khutbah. Diharapkan agar guru-guru dan para pelajar mengambil input daripada khutbah tersebut. Wallahu'alam.
Wednesday, 10 February 2016
Masa
"Cepatnya masa berlalu,"
"Lajunya masa sekarang. Tak sempat nak siap homework!"
"Lambatnya masa! Bilalah nak cuti ni?"
Macam-macam kita cakap tentang masa. Cepatlah, lambatlah. Kalau cepat, merungut. Begitu juga dengan lambat. Kalau diikutkan, kita hidup 24/7, kan? Sama sahaja dengan zaman Ulama' terdahulu, tak de la pula mereka dahulu 25/7 atau 30/7. Tapi, bagaimana mereka dapat menghasilkan pelbagai jenis buku? Misalnya, Imam Syafie'i. Beliau telah menghasilkan banyak kitab !
Kata Ahmad Muhammad Shakir : “Al-Shafi’I telah mengarang beberapa buah kitab yang jumlahnya agak besar, sebahagiannya beliau sendiri yang menulisnya, lalu dibacakannya kepada orang ramai. Sebahagiannya pula beliau merencanakannya sahaja kepada para sahabatnya. Untuk mengira bilangan kitab-kitabnya itu memanglah sukar kerana sebahagian besarnya telahpun hilang. Kitab-kitab itu telah dihasilkan penulisannya ketika beliau berada di Makkah, di Baghdad dan di Mesir”.
Jadi, sebenarnya sama sahaja masa kita dengan masa mereka. Tetapi, ulama' - ulama' terdahulu mana ada mengecam masa. Mungkin disebabkan itu, mereka boleh menghasilkan banyak kitab dan masih digunakan sehingga kini.
Kesimpulannya, janganlah kita mengecam masa. Allah tak suka ! Lagi kita kecam, lagi masa tak cukup untuk kita. Wallahu'alam :)
~Renungan Bersama~
Nikmat
Sedarkah kita bahawasanya apabila kita hadir di dunia ini, perkataan pertama yang kita dengar ialah 'Allah'. Bahasa pertama yang kita dengar ialah Bahasa Arab.
Ini bermakna kita adalah beragama Islam. Sejak lahir kita diberikan didikan agama Islam oleh ibu bapa kita. Sedarkah kita bahawasanya itulah yang nikmat terbesar!! Tak ramai yang mendapat nikmat sebesar ini, Nikmat Islam. Dari lahir, kita sudah kenal Islam. Dari kecil lagi ibu bapa kita sudah mengajarkan kepada kita tentang Islam.Sungguh ini satu nikmat yang besar!
Andai kata jika kita lahir di dunia ini bukan dengan agama Islam... Pastinya kini kita sedang mencari-cari Tuhan Yang Esa. Pasti sekarang kita dalam kesesatan yang nyata, Na'uzubillahiminzalik.
Justeru, dengan nikmat Islam yang diberikan oleh Allah ini, kenapa masih tidak bersyukur? Kenapa masih malas menunaikan solat? Kenapa masih lewat menunaikan solat? Kenapa lebih rajin bermain gadjet berbanding membaca Al-Quran?
~~Untuk renungan kita bersama :) ~~
Saturday, 6 February 2016
Qiamullail Perdana
بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, tanggal 31/1/2016 Qiamullail Perdana telah diadakan di Musolla Al-Qanitat.
Qiamullail Perdana merupakan salah satu aktiviti Exco BADRI bagi menggalakkan kepada semua pelajar untuk bertahajjud mengingati Allah. Program ini bermula jam 4.30 a.m. dan berakhir dalam lingkungan 5.30 a.m.
Kemudian, semua pealajar beribadah di surau seperti berzikir dan membaca Al-Quran sementara menunggu masuknya waktu solat Subuh. Selepas selesai solat subuh, Tayangan Subuh diadakan bagi mengelakkan para pelajar tidur selepas subuh. Hal ini demikian kerana, waktu itu merupakan salah satu waktu tidur yang dilarang oleh Nabi Muhammad S.A.W.
Diharapkan agar program seperti ini dapat memberikan kesedaran kepada para pelajar agar beristiqamah untuk qiamullail. Semoga diberkati Allah. Sekian.
Al-Quran
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum.. Sempena cuti 10 hari ini, ingin ana ingatkan agar kalian tidak lupa membaca Al-Quran. Ingatlah bahawasanya Al-Quran dapat memberikan kalian syafaat di akhirat kelak. Tak mahu syafaat,ke? Sudah jamin ke syurga?
Mungkin sekarang kalian tak nampak apa bestnya baca Al-Quran. Try la baca. Confirm best ! Tak tipu. Nanti kalian pasti addicted, :)
Subscribe to:
Posts (Atom)